Tuesday, June 29, 2010



Berceloteh... sekadar meluahkan perasaan terhadap 'KEPOCHI'

Harini terasa hangin satu badan... tapi takper... bleh control... kalu tak ... mahu terbakar telinga seseorang kena sembur dari mulut nagaku ini... hehe

Adeih... makin berusia... semakin banyak perangai orang yang kita jumpa, semakin bertambah rencah dalam hidup, semakin banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi. Apapun terima kasih Ya Allah kerana memberikan akal, rezeki dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Kat dunia ni, ada orang yang suka jaga tepi kain orang atau dengan nama modennya digelar 'kepochi'. Golongan ini berbeza dengan golongan yang mengambil berat atau dengan panggilan yang lebih baik 'prihatin'. Bezanya ialah 'kepochi' memandang dan hanya mengambil tahu tentang perkara2 negatif terhadap orang lain, manakala 'prihatin' adalah memandang perkara positif terhadap permasalahan dan tidak mengeji orang lain.

Sebagai hamba Allah, kita ni tiada yang sempurna. Janganlah jadi kepochi... kata2 kita akan makan diri. Jadilah seorang yang prihatin dan bercakap perkara2 yang positif. Ini dapat menarik aura positif. Hukum alam yang Allah tentukan... perbuatan baik akan dibalas baik, perkara buruk akan dibalas buruk... cuma cepat atau lambat je.

Lumrah manusia tak nampak kelebihan atau kekurangan diri sendiri. Kita hanya nampak kelebihan atau kekurangan orang lain. Dalam hidup ni ada 2 pilihan je... nak positif atau nak yg negatif. Tanyalah diri sendiri...

No comments:

Post a Comment