Tuesday, May 25, 2010

Da start blek...

Da lame x tgk blog aku ni..Tetibe tingat lak pada kisah pembuangan bayi skg ni..Aduzzz.dowang ni cam spesis binatang da..Tergamak wat camtu. Aku tgk da jd cam trend plak. Pe la salahnye sedekah kan kat aku ke..bley gak aku bela sampai besar. Ni dibuang merata-rata tempat. Cam zaman paleolitik plak dowang ni. Zaman tu pon manusia masih ader tamadun lagi pikir secara kemanusiaan. X paham la ngan dowang ni. Ader tu plak kisah kat negara china, janin manusia dimasak sup campo ngan khinzir. Byangkan depa cincang mcm ayam..Ishh3x. X tau nak klasifikasikan pe..Masyaallah..Mudah2 an jadikan sebagai pengajaran kepada sume..

Pernah kah kita mempersoalkan keadilan seseorang?? Mungkin anda baik...sebab tulah xpernah..(hehe)
Kerajaan sebagai contoh membiarkan penduduk yang mendiami kawasan pedalaman...
Cikgu yang berlaku berat sebelah...
Kadang-kadang ada yang membangkitkan ketidakadilan ibubapa masing-masing..

yang pasti, manusia memang tidak pernah berpuas hati...
Mungkin bukan kalian, tetapi ada yang berlantang suara mempersoalkan keadilan Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Agung dalam merancang dan melaksanakan...

Sama-sama kita memikirkan satu keadaan yang skopnya sangat kecil...
Si A berteman dengan Si B...teman yang sangat rapat...
sehinggakan Si A sanggup melakukan apa sahaja demi Si B, jika susah dibantu, jika berat dijinjing, jika sedih di hiburkan, jika lemah di pangku, jika sakit di rawat....
tiba-tiba pada suatu hari Si A melakukan kesalahan, yang bagi Si B kesalahan itu dikira sebagai mencabar persahabatan mereka...

Si B meradang dan menjauhi Si A... persoalan timbul, adilkah si B? Jangan cepat lupa Si B jasa-jasa si A...lemah sungguh ingatan si B untuk mengingati jasa orang padanya..

Kadang-kadang kitalah Si B. owh..Mungkin anda baik, ok, kadang2 penulis lah si B..[hehe =)]...

Jika pernah terguris dengan kelakuan teman, fikirlah kebaikannya sebelum meradang..."Adilkah aku untuk menghukum dia sebegitu setelah begitu banyak jasanya pada aku"...

Kadang-kadang nafsu lebih berani dari hati...mempersoalkan keadilan Pencipta. Orang ni dapat, kenapa aku tidak diberikan..orang ni senang, kenapa aku disusahkan?..Orang ini dipermudahkan, kenapa aku di uji?...Nafsu mencabar hati supaya bersangka buruk pada Rab nya...


Tetapi hati yang mengenang jasa, ingatanya kuat, segan untuk mempersoalkan setelah Penciptanya menganugrahkan pelbagai nikmat, malu untuk melatah setelah temannya berjasa... malah HATI itu akan sentiasa bersyukur...

Monday, May 17, 2010

Insan Kesunyian

Bosan tol da kne block..X yah la nak block sume..Pe dowang ingat kiter ni mkn gaji bute ke? Da xleh crik mkn..BOSAN GLER..Mai sepi tanpa berita..msti dia nga bahagia kat COAL sne. Aku gak yg derita kat cni sowang2..Ishhhh..x rock la camni. Downg x sporting langsung. Mner leh nak sekat2. Org len yg x wat keje tu. Nak tgk menu resepi pon kne block. Ilang semangat la camni. Mai oh mai..pulang la. Npe sepi tanpa berita. Selagi nama contractor sampai mati pon tetap xder STANDARD. Kiter ni mcm balaci jer. Xpe la, staff tetap hebat di mata masyarakat..kuikuikui.

Friday, May 14, 2010

SaHaBaT n TeMaN

wahai sahabatku..
Apabila kita ingin berteman, janganlah berteman kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya….

Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya….

Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya….

Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya….

Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa…. Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….

Wednesday, May 12, 2010

Tuesday, May 11, 2010

Hari yg amat membosankan

12/05/2010

Bosan...Asyik wat filing jerk..audit x habih2..kne la prepare awal2. Bln ni nak OUTAGE lagi..huhuhu. Ot jer la memanjang. X kaya jdi kayap. Thun depan nak kene pk lagi projek sambung ke x. Aduzzzz. Pening pale bibik. Bos asyik outstation manjang. Ptut la sibok soh aku prepare document awal2. Rupenyer ader udang di sebalik spagethi..hikhik.Lalalalala..nak blek awl cket.

Wednesday, May 5, 2010

Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya


Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya